Dubsmash: Luqmanpodolski



Video aplikasi dubsmash, sedang merebak ke negara kita. Sebuah aplikasi video lawak yang ada di aplikasi Google Play Store dan aplikasi² lain.

Antara pembuat video² dubsmash yang ada di negara ini, kami paling minat dengan hasil karya Luqmanpodolski. Terdapat pelbagai video beliau di youtube dan juga page facebook beliau.

Disini, kami tunjukkan satu video hasil karya beliau daripada aplikasi dubsmash tersebut. 

Enjoy!





Video dusbmash: Mak Kau Hijau


Nama Ahli Kumpulan:
1. Muhammad Hasif Bin Mohd Aris          14050076
2. Muhammad Firdaus Bin Kamal            14050135
3. Noor Azlee Bin Sajauri                           14050040
4. Solievia Viviana Anak Ami                    14050082
5. Muhammad Rafiz Bin Mohd Rezin       14050024
6. Muhammad Anas Bin Mohd Aris          14050077
7.
8.
9.


Kronologi Kuala Lumpur

Dari sebuah pekan kecil perlombongan bijih timah, Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia terus menempa nama dan dikenali di seluruh dunia. Perubahan demi perubahan mewarnai wajah Kuala Lumpur yang pesat membangun sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan negara. Kemajuan yang dikecapi Kuala Lumpur telah meletakkan Malaysia gah di peta dunia dengan pelbagai kejayaan yang dicipta. Mari kita lihat kronologi ringkas Kuala Lumpur.

1857-     Ketika ketua Melayu Klang, Raja Abdullah, mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih besar. Mereka tiba di kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong di Ampang. Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.

1870-     Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit, kejadian kebakaran dan banjir. Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.

1880-     Ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.

1881-     Berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar, memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina daripada batu-bata dan jubin sahaja.
Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat tersebut kini dikenali Brickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di China Selatan, dengan ciri-ciri “kaki lima” dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi. Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000 untuk membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang (Ampang Road), Jalan Pudu (Pudoh Road), Jalan Petaling (Petaling Street) yang kini merupakan arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai Kapitan Cina, kuasa dikurniakannya setaraf pembesar Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dan menyusun semula struktur penempatan.
Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang polis. Kapitan telah membina penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada suatu masa. Beliau juga menggalakkan Orang Melayu berusaha padi di sekitar kota untuk menampung pembangunan kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur berikutnya.

1890-     Wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board).

1896-     kejayaan Yap Ah Loy membangun kota menyebabkan Kuala Lumpur dipilih sebagai ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru. Kuala Lumpur turut dinamakan ibu negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat.

1942-1945-          Kuala Lumpur ditawan oleh tentera Jepun.

1957-     Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari pemerintahan British. Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

1974-     Kuala Lumpur dikurniakan status bandaraya.


1990-Sekarang-                 Kuala Lumpur maju dengan cepat semenjak Kepesatan Ekonomi Asia pada awal 1990an (ketika itu pukul rata tumbuhan ekonomi ialah 10%). Pencakar langit telah dibinakan dan Kuala Lumpur, bekasnya kota kara penjajahan yang tidak bermaya, telah menjadi salah satu bandar yang tersibuk, maju dan bersemangat di Asia Tenggara.
Gambar Kuala Lumpur dahulu dan sekarang

Pengalaman Pertama Membuat Blog

Sakit hati wehhhhhhhh. Dekat sejam kami cuba nak buat blog tapi tak dapat². Grrrrrr..
Sebelum tu, Assalamualaikum.
Pengalaman pertama kami membuat blog, selain sakit hati, sedikit sebanyak lega la jugak sebab dapat balik lepas buat blog. :D
Ok. Itu je kot perasaan and pengalaman kitorg.
Kalau boleh nak balik awal sebab nak gi bazaar.
BYE!
Muah!

About this blog

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Bekas pencetus perusuhan dan kacau bilau di Johor, Penang, dan Kuala Lumpur. Dan sekarang aktif dalam dakwah. InsyaAllah.